BUDAPEST - Polis Hungary terkejut apabila menahan empat remaja
Afghanistan dipercayai pendatang asing tanpa izin yang hanya berjalan
kaki dari negara asal mereka semata-mata untuk menikmati kebebasan
mendengar muzik di Britain.
Kumpulan remaja itu mendakwa telah memulakan perjalanan sejak awal
Januari 2007 serta menempuh jarak sejauh 4,356 kilometer dari ibu negara
Kabul dan kini hanya berbaki 1,450 kilometer lagi untuk tiba di London.
"London tempat sesuai menikmati muzik terbaik dunia dan kami mahu
merasai kehebatan muzik kerana di negara kami yang masih dikuasai
Taliban, muzik itu haram," kata seorang pelarian yang dirahsiakan
identiti.
Jurucakap polis, Peter Zsobrak berkata, imigran Afghanistan itu ditemui
keletihan di kawasan perkuburan di Harkany, selatan Hungary dan mereka
hidup dengan mengambil makanan di tempat buangan sampah.

No comments:
Post a Comment