Sadhu Hundu Tak Turunkan Tangan Kanan Selama 38 Tahun!
Amar Bharati ialah seorang Sadhu Hindu yang menghambakan dirinya kepada tuhan Shiva. Beliau mendakwa sudah 38 tahun tidak menurunkan tangan kanannya sebagai tanda pengorbanan abadi terhadap Shiva.
Kerana sudah terlalu lama tidak menurunkan tangannya, tangan Amar sudah "tersekat" diposisi itu. Ini adalah kerana fenomena yang dipanggil atrophy.
Kalau korang perhatikan gambar dibawah tangan kanan Amar sudah
mengecut. Jarinya pula ditumbuhi kuku yang panjang melengkung! Ini
sebenarnya bukanlah aksi yang paling aneh yang boleh dilakukan seorang
sadhu bagi menunjukkan "keimanamnya" kepada Shiva. Ada yang tak mandi
selalam bertahun. Ada juga yang enggan duduk, diam membisu dan berpuasa
secara extreme.
Sungguhpun apa yang dilakukan Amar ini
menyakitkan serta memberi kesan jangka masa panjang tubuh yang buruk,
tindakan beliau kini ditiru beberapa orang Sadhu yang lain.


No comments:
Post a Comment