Lain kali, apabila anda mahu keluar dari
bilik hotel, sesuatu yang perlu anda ingat ialah: Jangan sesekali
melakukannya tanpa pakaian di badan.
Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai.
Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian.
Disebabkan terleka, pintu bilik hotel itu
tertutup sendiri dan dia tidak memiliki kunci untuk membukanya. Dalam
keadaan bogel, lelaki terbabit merayau ke sana-sini di sekitar hotel
sambil cuba pergi ke kaunter penyambut tetamu.
Tanpa sesuatu untuk melindungi
kemaluannya, dia cuma bergantung kepada dulang makanan yang menjadi
punca masalahnya sementara dia berjalan mencari penyelamat.
Namun, sebelum sampai ke kaunter penyambut tetamu, lelaki terbabit terpaksa berdepan dengan ramai pelawat hotel berkenaan.
Seorang ibu dan anak lelakinya pula
terpaksa berkongsi lif dengan lelaki terbabit dan reaksi mereka ternyata
kurang menyenangkan. Walaupun amat terdesak, lelaki malang itu
masih terpaksa bersusah-payah mendapatkan bantuan daripada petugas di
situ kerana mereka tetap mahukan dia menunjukkan kad pengenalan sebagai
pengesahan sebelum kunci baru diberikan.
Sehingga semalam, rakaman video itu
ditonton lebih 50,000 kali. Bagaimanapun, sebahagian besar penonton
curiga terhadap kesahihan insiden itu dan yakin, ia dirancang lebih awal
No comments:
Post a Comment