SEWAKTU berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia.
Azad, 22, disahkan menghidap sejenis
penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya
ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini.
Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India.
Kesemua pelajar saya lebih tinggi daripada saya,” katanya sambil ketawa.
Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit
masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk
membolehkannya menulis di papan putih.
Pelajar turut menggelar Azad sebagai
‘Chotu’ atau ‘Cikgu kecil’ berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta
berat 18 kilogram (kg).
“Sejak bekerja sebagai guru, saya
memiliki pendapatan sendiri iaitu setiap bulan saya menerima 10,000
rupees (RM563.70),” katanya.
Azad terpaksa akur dengan
fizikalnya di mana beliau terpaksa memakai pakaian kanak-kanak walaupun
usianya telah mencecah golongan dewasa.
Beliau berkata, walaupun tubuh badannya
kenit dan tidak akan membesar seperti lelaki normal, beliau amat
berbangga kerana mampu mencapai impian yang diidamkan iaitu menjadi
seorang guru.
“Masyarakat sememangnya melayan saya
sebagai lelaki normal kerana kini saya sudah bekerja dan pekerjaan saya
ini amat dihormati orang ramai.
“Pernah sekali ketika saya berusia 18 tahun, saya telah disalah tafsir sebagai bayi oleh seorang pengawal kereta api.
“Sewaktu di sekolah pula saya
juga pernah dibuli kerana masalah saiz badan saya dan berasa amat takut
dengan ancaman yang saya berkemungkinan akan diculik oleh pengurus
sarkas,” katanya.
Bagaimanapun, Azad berkata cemuhan yang
dilemparkan kepadanya sewaktu di zaman kanak-kanak menjadi pemangkin
kepada beliau untuk membina karakter, sekali gus mematangkannya sehari
demi sehari.
“Si pembuli itu berjaya membuatkan saya
berusaha keras mencapai matlamat dan mereka tidak akan dapat berkata
apa-apa lagi sekarang ini


No comments:
Post a Comment