Steamrail merupakan produk buatan sebuah
syarikat perusahaan barangan elektronik, DisplaySense yang terletak di
Amerika Syarikat. DisplaySense merupakan sebuah syarikat yang menjual
barangan melalui sistem dalam talian. Menurut jurucakap DisplaySense,
Jim Moody, produk sebegini adalah yang pertama kalinya dicipta di dunia.
Almari steamrail didatangkan sekali
bersama-sama beberapa komponen yang terdiri daripada alat stim yang
menggunakan teknologi wap, tiub dan juga kabinet. Penggunaan almari ini
juga mudah. Langkah pertama, alat stim harus diisi air dan dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian alat stim tersebut akan menukarkan air menjadi wap apabila air dipanaskan ke takat didih.
Wap yang terhasil itu seterusnya
disalurkan ke dalam almari menggunakan tiub yang dibekalkan. Keadaan
panas dan lembap yang saling berganti di dalam almari akan menyebabkan
fabrik menjadi lembut seterusnya menjadikan pakaian itu licin dan tidak
berkedut.
Menurut Moody lagi, ciptaan ini mengambil masa beberapa tahun bagi proses penyelidikan dan pembangunan. Apa yang menariknya, penggunaan steamrail boleh dilakukan secara efisien. Ini kerana, komponen-komponennya mudah disimpan.
Kabinet tersebut boleh dilipat dan
disimpan di bawah katil dan sebagainya. Penciptaan steamrail dari
Displaysense ini merupakan salah satu teknologi yang bersifat inovatif
bagi menangani masalah kedutan pada pakaian

No comments:
Post a Comment