Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang
mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian,
Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan
etnik iaitu:
- Selakau/Lara (Daerah Lundu)
- Jagoi/ Singai (Daerah Bau)
- Biatah (Daerah Kecil Padawan)
- Bukar/ Sadong (Daerah Serian)
Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan animisme.
Pada zaman dahulukala, suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu untuk sukar dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
Pada zaman dahulukala, suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu untuk sukar dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
Rumah panjang
Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu “bilik utama”,
“awah, dan ‘tanju”. “Bilik utama” dapat kita samakan dengan ruang utama
kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini, masyarakat Bidayuh
lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan
mereka seperti Gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga
berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. “Awah” pula adalah
bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya
ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah
pada dewasa ini. Di “awah” masyarakat Bidayuh menjalankan
aktiviti-aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat
peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan “awah” juga akan digunakan
untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan
pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. “Tanju” pula
adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh.
Bahagian “tanju” biasanya terdedah dan lazimnya tidak bertutup mahupun
beratap. “Tanju” lazimnya digunakan menjemur hasil tuaian masyarakat
Bidayuh seperti lada, padi, jagung dan sebagainya.
BAHASA BIDAYUH
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding
bahasa lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan
sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya
bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan
daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi
antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang
berlainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut
“makan” ialah “ma-an” manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula
menyebut “makan” sebagai “man”.
PAKAIAN TRADISIONAL BIDAYUH
Warna hitam adalah warna utama dalam
pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi kaum wanita masyarakat Bidayuh,
pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh
lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi
dengan manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama
iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak
anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni
dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita
masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya
mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau
berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam
atau “cawat” yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain
lilit kepala pula pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
MUZIK MASYARAKAT BIDAYUH
Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan
peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka
jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat
dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan
peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan.
Umumnya, muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang
gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil).
SENJATA TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH
Lembing, tombak, parang ilang (parang
pendek), sumpit, “jepur” (seakan samurai) dan “rira” (meriam kecil)
adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ini
untuk berperang pada zaman dahulu kala. Manakala peralatan senjata
seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti
pertanian.
PERKAHWINAN
Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin
itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian,
perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh
sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada
keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut.
Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Kumpulan
seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota
kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan
termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama
antara nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka
larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong,
peraturan tentang perkahwinan agak longgar. lelaki dan perempuan boleh
bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka
berkahwin.




No comments:
Post a Comment