Sunday, 12 May 2013

Kambing yang memanjat dinding curam




Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki.
Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah ‘gravity-defying goats’ yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.
 Kita yang manusia ni pun belum tentu mampu untuk memanjat macam kambing-kambing ni. Mungkin sebab haiwan tidak ada akal, tidak memikirkan perasaan takut dan hanya buat apa saja yang mereka mampu.

No comments:

Post a Comment