Gambar diatas dan dibawah ialah sebuah hutan yang terletak di Taman Negara Curonian
Spit di daerah yang terletakantara Curonian Lagoon dengan Laut Baltik,
Russian.Hutan ini mempunyai bentuk pokok yang unik dan aneh.Pokok ini
diperkirakan berusia lebih 20 tahun mempunyai bentuk seakan-akan
ular.Pengurus Taman Negara Curonian Spit menggelar hutan ini sebagai
"Dancing Forest" manakala penduduk tempat menggelarnya "Drunken
Forest",hutan yang mabuk.Bentuk pokok-pokok ini bagaikan bonsai alam
semulajadi.
Ini telah membuatkan para pengkaji bingung.Berbagai teori mengenai
fenomena ini telah timbul.Ada sekumpulan paranormal menyatakan bahawa di
tempat tersebut terdapat banyak tenaga positif dan tenaga negatif telah
bertemu.Teori lain menyatakan bahawa ia disebabkan faktor struktur
tanah berpasir yang tidak stabil.Teori terakhir mengatakan bahawa
mungkin pokok-pokok tersebut memiliki bentuk yang aneh disebabkan
hembusan angin kencang yang terus-menerus.Saya lebih memilih teori
terakhir kerana sesebuah taman akan dipengaruhi oleh hembusan angin.Ia
sebab keluasan taman tersebut.Sehingga kini, fenomena ini masih menjadi
misteri.


No comments:
Post a Comment