ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda, 75,
menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang
gadis yang jauh lebih muda.
Pengarah filem itu, Gaichi Kono berkata, tujuan penggambaran itu
dilakukan adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa kehangatan
seks tidak berakhir walaupun di peringkat usia yang sudah lanjut.
Dalam penggambaran kelmarin, Tokuda menggunakan alat penggetar,
cemeti dan lilin untuk melakonkan watak pakar seks bagi memuaskan nafsu
seorang pelakon wanita berumur 36 tahun.
Filem terbaru itu akan dijual di Internet, rumah jagaan orang tua dan dieksport.
Sepanjang penglibatannya selama 16 tahun dalam industri lucah Jepun,
dia sudah beraksi dengan pelbagai wanita semuda 20 tahun hingga sebaya
umurnya.
"Saya memulakan kerjaya lucah ketika berumur 59 tahun dan sudah
berlakon lebih 200 filem lucah," dakwanya yang berazam berlakon sehingga
berumur 80 tahun.
Dia terlibat dalam industri itu setelah tidak berpuas hati terhadap jalan cerita filem lucah yang ditontonnya.
Kata Tokuda, isteri dan anak perempuannya berlakon seperti tidak pernah mengetahui kerjayanya itu

saya inging menjadi pelakon lucah
ReplyDelete