Tuesday, 14 May 2013
Oasis Berusia 2.000 Tahun di Tengah Gurun China
Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir.
Dianggarkan berusia 2,000 tahun, oase itu mempunyai tasik berbentuk bulan sabit yang dinamakan Yueyaquan, sejumlah bangunan tua dari masa Dinasti Han, dan hijau pokok-pokok yang menyejukkan mata di tengah padang pasir.
oasis kecil itu di masa lalu menjadi sebahagian daripada laluan perdagangan Jalur Sutera, sekaligus pusat perdagangan antara China dan Barat.
Tasik sepanjang 218 meter, berisi air tawar. Berdasarkan ukuran tahun 1960, kedalaman tasik adalah 4-5 meter, dengan maksimum kedalaman 7.5 meter.
Pada 40 tahun berikutnya tasik itu menyempit, luasnya menjadi 5,500 meter persegi, dengan kedalaman rata-rata hanya 0,9 meter atau maksimum 1.3 meter.Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006
Untuk mencegah pertumbuhan gurun yang makin tak terkawal, kerajaan telah berusaha untuk mengatasi dengan pelbagai cara. Salah satunya mencipta 'green wall' atau 'tembok hijau'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment