London: Pemilik BlackBerry yang gemar menonton klip video lucah
melalui telefon pintar mereka perlu berhati-hati kerana ada perisian
yang mampu menghebahkan aktiviti itu kepada semua kawan mereka.
Kemudahan baru dikenali sebagai ‘Show What I’m Listening To’ itu
direka untuk pengguna yang gemar berkongsi video muzik atau lucu di
YouTube. Bagaimanapun, sesetengah pengguna BlackBerry yang menonton klip
video lucah melalui telefon pintar itu akan diaibkan kerana aktiviti
itu akan dimaklumkan kepada rakan mereka secara automatik.
Seorang pengguna yang menggunakan nama Sosof di laman forum
Crackberry memuat naik paparan menunjukkan bagaimana seorang rakannya
menonton video lucah. Sementara itu, pengeluar BlackBerry berkata,
kemudahan berkenaan perlu dihidupkan terlebih dulu sebelum dapat
digunakan.
Namun, beberapa pengguna mendakwa, ia memang sudah berfungsi ketika mereka membeli BlackBerry dan terpaksa mematikannya sendiri.

No comments:
Post a Comment