Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat
digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh
sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.
Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan
nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat
Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.
Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia
dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.
Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut
membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi
berdarah dan cikungunya.
"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini,"
Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki
suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.
Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat
menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi
menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan

No comments:
Post a Comment