Satu laporan yang disiarkan merekodkan sebanyak 17,650 spesies didapati hidup di lautan dalam.
“Sebahagian daripada laut dalam yang
kita anggap sejenis sebenarnya lebih rumit,” kata seorang pakar
oseanografi di Universiti Louisiana, Robert S. Carney di Amerika
Syarikat (AS).
Penyelidik-penyelidik merekodkan 5,600
spesies baru daripada 230,000 yang sudah dikenal pasti dalam bancian
hidupan laut itu. Antara yang disenaraikan itu ialah beberapa makhluk
aneh seperti sotong bertelinga gajah dan cacing yang menyedut minyak.
Katalog hidupan marin itu dijangka siap
pada Oktober 2010.Ia menunjukkan sebanyak 5,722 spesies tinggal di dasar
laut sedalam 1,000 meter.

No comments:
Post a Comment