Pil / kapsul baru berjanji untuk menyampaikan wangian secara langsung ke dalam tubuh, menukarkan kulit menjadi 'atomiser'.
Swallowable Parfum
(perfum yang boleh ditelan), kini dalam fasa pembangunan, dikatakan
akan bekerja dengan proses semulajadi metabolisme, melepaskan molekul
wangi melalui permukaan kulit semasa berpeluh.
Pada dasarnya, pil itu mendakwa
untuk menukarkan peluh kepada wangian - dan oleh kerana kita semua
adalah unik secara genetik, peluh berbau harum kita akan mengambil
ciri-ciri individu juga.
Artis di sebalik idea ini berasal dari Belanda iaitu Lucy McCrae.
Beliau menulis di laman web beliau: "Swallowable Parfum ialah kapsul
wangi boleh-hadam yang mengeluarkan bau yang unik melalui peluh anda
sendiri."

No comments:
Post a Comment